Kuala Lumpur, 1 Februari 2012 – Filem pendek memainkan peranan dalam menyampaikan mesej penting kepada orang ramai melalui tema, cerita, latar belakang dan banyak lagi serta meningkatkan kesedaran di kalangan penonton mengenai sejarah, budaya, norma masyarakat dan nilai-nilai murni. Dengan objektif itu, satu pertandingan Kuala Lumpur International Short Film (KLIS) diadakan dan telah menarik minat lebih 1000 penyertaan dari 70 buah negara seluruh dunia bertempat di Auditorium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.






















